Cahaya di Wajah Rasulullah

Telah diriwayatkan dari Siti Aishah rha. bahwa ia telah berkata : ”Ketika aku sedang menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum dari tanganku, kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah SAW. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, ”Ya Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: ”Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?” Jawab Rasulullah SAW: ”Orang yang bakhil.” Aku bertanya lagi: ”Siapakah orang yang bakhil itu?” Jawab baginda : ”Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap shalawat ke atasku.”